Terima Kasih Si NIQAB!

Assalamualaikum sahabat dan sahabiahku. Alhamdulillah ana masih diberikan jari yang sempurna dan minda yang sihat untuk membuat satu pengakuan hari ini. Sebagai lelaki, keluar sahaja dari kawasan rumah, ana setiap hari terpaksa mencederakan mata ana kerana kelibat wanita yang tidak mengenakan aurat yang sempurna sangat memedihkan. kemana-mana saja ana pergi pasti mudah sekali terpandang susuk tubuh wanita. yang bertudung pun memakai baju yang ketat, apatah lagi yang tidak bertudung. pada ana, bila baju yang dipakai itu sudah menampakkan bentuk tubuh, itu sudah cukup ketat! tidakkah wanita-wanita ini malu? apa agaknya perasaan mereka menayangkan tubuh untuk disantap nafsu rakus lelaki?  mengapa ana mesti berhadapan dengan ujian sebegini. air mata kekadang tak mampu dibendung lagi kerana merasakan diri ini sering saja melanggar arahan Allah. ampuni dosaku ya Allah. sungguh, aku cukup ingat pesananmu.
"Katakanlah kpd lelaki-lelaki beriman: "hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang nereka lakukan" (Surah an-nur: 30)
tatkala ayat ini bermain di fikiran. ana hanya mampu beristighfar. andai mata ana ada memori kad. pasti ana sudah membuangnya jauh-jauh. tapi tak semudah itu kerana setiap yang ana lihat sudah terakam dan tersimpan rapi di "server" akhirat dan hanya menanti untuk ditayangkan semula untuk menentukan betapa banyaknya azab pedih yang akan ana lalui. ampuni dosaku Ya Allah. sungguh aku ni hambaMu yang sangat sangat lemah dalam mengendali "kuda liar" dalam diri. wahai sahabat-sahabiahku, ingatlah pesan Allah:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (Al-A'raf :26)
Namun kepedihan mata yang dicarik-carik akibat menonton wayang percuma bagaikan terubat dengan sendirinya bila ana perasan kelibat wanita berjilbab sempurna. terima kasih si jilbab labuh kerana mengubati mata ini. bukan bererti ana menatap ya. kelibat bayangnya sahaja sudah menyejukkan mata. lebih menyejukkan bila jilbab itu disempurnakan dengan niqab. ana sangat-sangat berterima kasih kerana antum telah membina suasana ibadah. suasana yang dituntut nabi. suasana yang sangat menyelamatkan diri antum sendiri. ana teringat kata-kata seorang sahabat yang menetap di Yaman. dia mengatakan, "di hadharamaut (yaman) sangat sukar melihat wanita yang membuka niqabnya di khalayak ramai kerana menayangkan wajah adalah suatu yang sangat aib!". indah bukan bila berada dalam suasana seperti itu. suasana yang sangat-sangat ana idamkan. tetapi di negara kelahiran ana ni sepertinya mustahil untuk mempunyai suasana seperti itu. pemimpinnya saja bertudung tiga suku dengan rambut tersembul keluar. apatah lagi dengan rakyatnya yang semakin ber"telanjang" kini. Cuba antum lihat dan fahami perbualan dibawah.

Anda lihat sendiri prinsip mereka yang tidak berjilbab, berjilbab dan berniqab. apa yang ana dapat simpulkan dari perbualan di atas, 
Hijab is a screen of privacyNiqab is a better screen
Hijab helps develop taqwaNiqab helps develop more taqwa
Hijab is a jihad that purifies the soulNiqab is a greater jihad
Hijab is a protection for sistersNiqab is a better protection
Hijab is an assertion of Islamic identityNiqab is a stronger assertion
Hijab is fardNiqab is mustahabb
Ayuh sahabiahku dan semua pembaca. berNIQABlah! andai antum terasa berat. usahakanlah dengan meletakkan niat yang teguh dahulu. kemudian cuba perlahan-lahan.  insyaAllah, andai ada keinginan yang kuat pasti Allah akan tunjukkan jalan. Kepada wanita yang masih rasa bahagia dengan "keterlanjangan", selamatkanlah diri anda dari pandangan "3 dimensi" lelaki yang sentiasa bersedia untuk menjamu selera. Jangan salahkan lelaki andai anda dirogol dan diperkosa kerana anda sendiri yang meminta dengan "bahasa tubuh" kerana pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada panahan iblis. pandangan itulah yang menghasilkan zina mata. lalu, zina mata itu menjadi suis kepada zina tangan, kaki, hati dan kemaluan. 
Mata itu boleh berzina dan zinanya adalah pandangan,  
Lidah itu boleh berzina, dan zinanya adalah adalah perkataan.

kaki itu boleh berzina dan zinanya ayunan ayunan langkah

Tangan itu boleh berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.

"Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan keinginan itu"

"Rasulullah bersabda dalam Musnad Ibn Hanbal maksudnya: Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis. sesiapa yang menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskannya kelazatan beribadat dalam hatinya yang dimiliki sehingga saat dia bertemu denganNYA"
wahai wanita, bantulah lelaki yang lemah seperti ana ni dengan menjaga auratmu kerana imanku sangat rapuh dan pandanganku sangat susah jatuh ke bumi. ana hanya insan biasa yang mempunyai segala macam kekurangan.  mudah-mudahan Allah jodohkan ana dengan si penyejuk mata walaupun merasakan diri ini sangat tidak layak. Mohon doakan kesembuhan mata ana ye sahabat!

00:21am

 
 
 

6 Berkata Benar:

Assalamualaikum w.b.t. akhi,

First of all, betul, ana mmg setuju dgn anta bahawa muslimah patut menjaga dan menutup auratnya namun anta juga harus acknowledge dengan zaman pasca modenisasi kini, mmg yang benar2 menjg pemakaiannya adalah golongan yg MINORITI. akan tetapi,itu tidak menjadikan ia sebagai alasan bagi kaum muslimin untuk tidak menjaga penglihatan mereka. spt Allah berfirman kepada kaum anta, haruslah menundukkan pandanganmu! jgn hanya mencari jalan mudah iaitu dgn mengharapkan dan menyarankan kepada kaum muslimah agar mengenakan pemakaian yang mulia di sisi Allah; kerana dgn ini, anta akan sejuk mata melihat dan tidak merasa "pedih".

pendek ceritanya, beginilah ya akhi,disebabkan anta mmg sedar akan keadaan skrg iaitu ramai perempuan yg bangga menunjukkan kepada dunia "kecantikan" (padahal mereka lupa bhw kecantikan ini menjadi fitnah dan dosa jika tidak ditayangkan di tempat yang betul) mereka, maka haruslah anta melaksanakan tanggungjawab anta tersendiri~! Maka turunkanlah pandangan anta dan jgnlah sesekali membiarkan atau memberi peluang sekalipun kpd mata untuk meliar! Allah Mengetahui segala perbuatan hamba2Nya. ingatlah, tunaikanlah kewajipan dan kehendak Allah kerana dgn itu, darjat hamba tersebut tinggi di sisi Allah~!! Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui.

p/s: ana sgt2lah tidak setuju dgn statement anta pasal "jgn salahkan lelaki andai anda dirogol/diperkosa". ASTAGHFIRULLA..ASTAGHFIRULLAH...~! ana mmg setuju benar bhw wanita itu salah to dress that way in the first place.. TETAPI, kalau rogol/perkosa terjadi, adalah DOSA KEDUA-DUA PIHAK ! tiada yg kurang/lebih dosanya. mungkin juga yg melakukan perkosa itu lebih besar dosanya(tp ini hanya Allah yg tau).

kenapa harus lelaki merogol/memperkosa? ia hanya menyebabkan mereka menjadi pendosa secara sia2 sbb padahal mrk pada mulanya tidak salah apa pun(tiada dosa) kerana yg salah/dosa hanyalah wanita itu sendiri, but once a man does that despicable act, he's just the same as the woman~! jgnlah biar diri anta terjerumus untuk jatuh ke jurang dosa hanya kerana dosa yg dimulakan/dilakukan oleh pihak yg lain.

harap anta faham apa yg ana hendak sampaikan dan harap2 tidak kecil hati ngan kata2 ana.
ana x berniat langsung untuk mengecilkan(offend) perasaan anta.

WAllahua'lam.

=)

 

salam...syukran atas teguran.. mmg ana ni byk kekurangan..sbb tu ana mtk diperbetulkan.. ana akui enti lbh btggi ilmunya dan amalnya.. syukur enti seorg yg mnjaga aurat.. rasenye ana x salah mengaharap agar wanita mennyempurnakan pemakaiannya krn itu adalah doa ana kpd antum. "jgn salahkan lelaki" tu bkn bkn pndapat ana sorg..malah ia mewakili ramai lelaki.. ana dgr sendiri...then, adakah perogol akn mencari mangsa yg berniqab? adkah lelaki tergoda dgn wanita yg bertudung labuh, berjubah dan berniqab? tutup aurat yg sempurna itu sndiri menyelamatkan wanita.. nafsu lelaki hny satu spt yg disebut dalam surah annisa',

"zuyyina linnasi hubbus syahawati minan NISA'..."

"TETAPI, kalau rogol/perkosa terjadi, adalah DOSA KEDUA-DUA PIHAK ! tiada yg kurang/lebih dosanya. mungkin juga yg melakukan perkosa itu lebih besar dosanya(tp ini hanya Allah yg tau)"

yg menjadi DOSA KEDUA2 PIHAK itu adlh pabila mereka berzina dgn rela hati. islam kan adil. ptut ke wanita yg dirogol yg tak bersalah itu turut berdosa?. dosanya hny pd aurat. takde wanita yg mtk dirogol.. hatta wanita yg memakai seksi skalipun.. ini bkn pendapat peribadi tp pendapat seorang penceramah "Remaja Bijak Jauhi Zina" di Kompleks Islam Kelantan.

mgkin ana yg salah fhm.. maklumla msh diselubungi kejahilan. asif... moga Allah merahmati enti dgn segala kebaikan.. WallahuA'lam..

 

assalam akhi,

astaghfirullah. ana masih baru lg. apa yg pasti, ilmu pengetahuan anta dlm bab agama sudah pasti melebihi ana. ana membaca arabic pun x tau anta. baca AQ pun baca translasi shj. mmg cetek sgt ilmu ana kalau dibandingkan dgn anta.

betul, mmg tiada wanita yg ingin diperkosa. akan tetapi, kebanyakan mangsa rogol/perkosa bukannya yg berpakaian mencolok mata. perogol pun xnak yg seksi sgt mungkin sbb diorg rasa "alah, itu semua org pun boleh nampak... kita target yg lebih sopan" (this is what i notice in the newspapers regarding victims)

moga Allah juga sentiasa merahmati akhi.

wslm

 

nota: ana masih belum sempurna dlm menjg aurat. astaghfirulla. harus tunggu sampai masa keluarga ana dpt tahu pasal reversion ana.. jd ana jauh dr sempurna.. juga masih jahil. astaghfirullah.

 

kesimpulannya, lelaki & wanita prlu sama2 mnjaga diri...stiap zina bermula dgn mata krn tiada berita lagi menyatakan "seorang buta didapati brsalah merogol 3 wanita"..xde kn? =)

p/s: biarlah hny bc translate..asalkan x menghalang enti mengamalkan panduan Al-Quran.

mudah2an itu yg terbaik utk enti & keluarga tersayang...

 

Salam mmg betul kata akhi.

wSlm

 

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger