INUL versi ISLAM

Assalamualaikum sahabat dan sahabiahku yang sentiasa kudoakan untuk berada di bawah payung rahmat Allah kerana kalian adalah insan yang banyak membantu agama Allah.Pasti Allah juga akan membantu kalian. Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvokesyen KKTM pasir mas. Majlis yang sangat indah walaupun kelibatnya tidak gah seperti pesta-pesta yang berlangsung di universiti-universiti besar di Malaysia. Walaupun tidak besar, tapi majlis itu sangat terpelihara dari budaya yang melalaikan. bahkan ucaptama VIP dari MARA juga mengandungi terlalu banyak peringatan mengenai kejayaan di akhirat kelak. sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam perhimpunan professional sekarang. 

Ana juga jadi teruja untuk melakukan sesuatu yang boleh mengindahkan lagi majlis tersbut  dengan bernasyid. walaupun tidak mempunyai kelebihan seperti maher zain, tapi ana cuba sebaik mungkin walaupun banyak sangat kekurangan. mudah-mudahan niat ana untuk menarik minat pendengar tentang indahnya hiburan islam akan tercapai suatu masa nanti. 

Ini persoalannya!!! HIBURAN DALAM ISLAM adakah difahami semua orang islam??? sedangkan masih ada ahli kumpulan nasyid ana yang hanya ingin popular dengan bernasyid. bukankah setiap amal bergantung pada niat? indanhnya kalau mereka faham nasyid bukan sekadar hiburan. tapi terselit usaha dakwah dengan setiap bait kata yang dilontar. andai orang yang mendengarnya merasakan ada manfaat yang boleh diikut. tidakkah ada pahala yang berterusan bagi munsyid itu selagi pendengar itu beramal? ana cukup tertarik dan menghormati MAHER ZAIN kerana setelah ditunjukkan jalan pulang oleh Allah, beliau lalu menggunakan kelebihan seni yang ada padanya lalu berjaya membuka mata dunia dengan keindahan ajaran Nabi Muhammad  melalui hiburan yang sangat menenangkan. mudah-mudahan dengan usaha beliau dapat membuka lebih banyak pintu hidayah untuk para pendengarnya di serata dunia. tapi apa sudah jadi dengan munsyid di negara kita? taraf nasyid sudah di samakan dengan hiburan barat. tiada nilainya lagi bait lagunya dalam usaha dakwah. nasyid di malaysia tidak lagi memberi kesan kepada pendengarnya. apa yang lebih memalukan, nasyid itu sendiri menjadi hiburan yang melalaikan dan mengasyikkan. anda tidak percaya? saya ada buktinya. cuba lihat video di bawah. 
nah! inilah fenomena nasyid di malaysia. anda tertarik bukan??? tertarik sangat kan???? kalau anda tidak tertarik. masakan juri yang mewakili JAKIM menobatkan kumpulan ini sebagai JUARA PERSEMBAHAN TERBAIK  dalam festival nasyid kebangsaan 2009. Saat ana melihat video ini, hancur luluh hati ana ibarat di siat-siat dan dicincang lumat hingga merasa give up untuk bernasyid lagi. ana cukup malu! sedih! dengan liuk lenggoknya dan suara yang sangat menjamu nafsu...tidakkah mereka takut dengan azab Allah? Allah telah berfirman : 
“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

salah ke wanita ingin bernasyid???
tentunya tidak salah. 
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut  dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. 

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat BERFIKIR JAHAT (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

berdasarkan dalil yang dikemukakan diatas jelas membuktikan pengHARAMan wanita untuk memperdengarkan nyanyian kepada yang bukan muhrim. Ditambah pula, berada pula di atas pentas menjadi tontonan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata apa pun,apatah lagi  penyanyi  atau penasyid  wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu HARAMnya lebih BESAR. lagipun nasyid mereka ni bukan nasyid pembakar semangat seperti nasyid wanita palestin yang dilaungkan kepada mujahidin mujahidah yang berjuang kerana Allah disana. sudahlah kita tidak mahu membantu palestin, malah kita lemahkan umat islam kita dengan hiburan sebegini rupa. anda setuju?????

1:18am








0 Berkata Benar:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger