Kata Ibu...

"doakan ahmad dpt jwb peperiksaan dgn tenang ye ibu. minggu depan dh mula exam dh.."
"insyaAllah..ibu selalu doakan anak ibu cemerlang dlm pelajaran..ibu doakan ahmad dpt jwb dgn tenang..jgn gopoh2 tau. jwb elok2.. klu ahmad dh berusaha pasti Allah bg kejayaan.. Rabbana yassir wala tu'assir..."

Assalamualaikum sahabat & sahabiahku, beginilah norma kehidupan.. setiap kali si anak ingin menghadapi peperiksaan.. pastinya doa ibu bapa yg dipinta agar doa itu mengiringi keyakinannya semasa berada di dewan peperiksaan.. sama juga spt ana, stiap kali menjelang musim peperiksaan.. saat itulah doa ibu di pinta.. sedangkan si ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anaknya..setiap masa.. tiada ibu bapa yang ingin melihat kegagalan anaknya.. tapi, ADAKAH KITA SENTIASA MENDOAKAN IBU BAPA KITA? cukup ke dgn sekadar doa rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro??? masih igt doa ini? doa lazim ketika selepas solat. Alhamdulillah bg yang masih mengamalkan doa ini selepas solat.. bagaimana pula dengan sagabat2 kita yang lain tu yang sgt jarang2 solatnya???? Jadilah anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu bapa..Mungkin hanya dgn sepotong doa ini dpt menyelamatkan ibu bapa kita dari dijilat neraka. Kerana apabila mati anak adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama:
1) Amal Jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa Anak-anak yang soleh

"Doa itu senjata orang mukmin"

p/s: semoga sahabat2 ana cemerlang dlm akademik dunia & akademik akhiratnya.. amin...

2 Berkata Benar:

assalam,

ana suka benar coretan ini akhi. shukran jazilan berkongsi.. dan benar skali, kita haruslah mendoakan ibu bapa setiap hari tidak termasuk doa waktu solat..

kapan saja kita boleh mengangkat tgn untuk berdoa buat kedua org tua kita.. buatlah spt ini:

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dr sebarang bahaya,& lindungilah mereka. Aminn yaRabillalamin." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :

"YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. Amin yaRabb.

WAllahua'lam bis sawab

 

syukran atas doa yang dikongsikan..
sama-sama amalkan...

 

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...