Syukur

Ya Allah..
kiranya ku buka mataku ini,
jadikan penglihatanku,
melihat kebesaranMu,
kiranya ku hirup segar udara pagiMu,
jadikan aku insan yang bersyukur,
dengan setiap sedutan nafasku..
 
Ya Allah..
kiranya ku hirup secawan teh,
jadikan rezekiku sumber hidupku,
kiranya ku langkah kakiku,
jadikan setiap langkahku,
langkah jihad padaMu..
 
Ya Alllah..
kiranya tanganku menadah,
biarlah ku tadah keampunanMu,
bukan mengharap rezekiMu,
datang bergolek,melayang jauh,
kerana..akan luruh setiap daging muka manusia,
kira hidupnya meminta-minta..
 
Ya Allah..
kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong,
yang membenarkanMu,
seperti kebenaran Assidiq,
biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu,
seperti Ali,pintu ilmu kekasihMu,
berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah,
yang Kau cipta sebagai pendamping kekasihMu..
 
Ya Allah..
kiranya semua itu tidak layak buatku,
aku tetap bersyukur,
dipertemukan sahabat,
seperti insan yang menatap lembaran ini,
mungkin padanya ada segalanya,
yang tak pernah aku cuba selongkari..
mungkin padanya letaknya apa yang aku,
impikan..
mungkin juga dia hadir kerana KAU sayang padaku.

3 Berkata Benar:

This comment has been removed by the author.
 

assalamualaikum warahmatullah,

ana sgt kagum dgn insan2 yg sgt berbakat menulis sajak/puisi. yg ini lebih mantap drpd yg post sebelum ini.

keep up the skills. iAllah, satu hari nnt, ana juga hendak menulis puisi dan sajak2.. amin.

Wslm.

 

wasalam..
ini bkn hasil tulisan ana sepenuhnya.. ana mana mmpu..ana cuma campur2kan tulisan yang ana jumpa utk dikaitkan dgn diri sndiri...

 

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...