Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan ,
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


2 Berkata Benar:

assalam

mmgramai lelaki melayu pandai menyusun kata2 dan berpuitis.. ana harap satu hari nnt ana dpt menjadi puitis juga.

as for the masalah, moga Allah memberikan kekuatan dan keimanan yg utuh kepada anta supaya dpt mengharungi ujian Allah dgn cara terbaik di sisi Islam.

wslm

 

wasalam...
for ur info.. this is a song lyric.. not mine..
ana mmg x pndai mnulis lah.. ana bkn "lelaki melayu yg pndai mnyusun kata2 & brpuitis"

 

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...