MATI


Ingatlah kematian itu dari detik ke detik
dan dari saat ke saat
Kerana Allah,tidak janjikan kematian kita
diwaktu tua

Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita
disebabkan sakit...tidak sakit pun boleh mati juga
oleh itu jangan senang hati
kematian pasti akan berlaku
tuggulah kematian dari nafas ke nafas
agar kita tiada angan-angan melalaikan

Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu
kerana kematian
kita tidak tahu...
ingatlah mati di dalam sebarang hal 


agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan

oleh itu bersiap sedialah
mengusahakan iman dan takwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap didunia padahnya diterima disana

mengapa kita belum pun menambah amalan
sedangkan umur makin lama berkurangan
pabila sudah smpai kesempadan
kan menyesal...

0 Berkata Benar:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger