Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (0)
Benarlah kisah-kisah dalam al-Quran hanya akan menjadi IBRAH kepada mereka yang ULIL-ALBAB (tajam pemikiran dan tidak simple-minded). Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan pada ummah apabila berkomunikasi dengan fakta sirah. Bukan sekadar sumber kesahihan sesuatu fakta sirah, tetapi bagaimana mentafsirkan fakta yang sudah sahih itu belum suatu upaya yang mudah diperolehi melainkan kita berguru dengan para ulama yang diberikan "hikmah" oleh Allah S.W.T. Antara fakta dan persepsi kepada fakta, kekadang cara kita mentafsir dan mempersembah sesuatu episod terpenting dalam hayat perjuangan Rasulullah kurang tepat atau kurang menyeluruh.
Saya tidak berhasrat untuk mengungkap satu persatu fakta tersurat secara kronologikal mengenai perang Uhud. Para pembaca boleh manfaatkan Dr Google atau membuat pembacaan sendiri mengenai perang Uhud dan adegan akhirnya di Hamra' al-Asad Apa yang menarik perhatian saya adalah analisis tajam yang dibuat oleh Almarhum Al-Muhaddith Syekh Sofiurrahman al-Mubarakfuri (sedikit profail di sini). Karya beliau, Al-Raheeq al-Makhtum ini telah mendapatkan pengiktirafan juara sirah nombor satu dalam muktamar " Sayembara Buku Sirah Nabawiah" anjuran Rabithah al-Alam al-Islami.
Cukup menyentuh hati kisah Hamra' al-Asad dari Syekh Nabil al-'Uudhi. Sesungguhnya peranan Ma'bad di Uhud sama seperti Nuaim Mas'ud dan Huzaifah di Ahzab. Bacaan Nabi mengenai serangan mendadak berskala besar Quraisy ke atas Madinah selepas Uhud benar. 3 hari penantian di Hamra al-Asad, Abu Sufyan dan Quraisy tidak muncul-muncul. Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka. Uhud hakikatnya berkesudahan dengan "intishar al-ma'nawi" Rasulullah S.A.W.
Analisa beliau sangat menarik. Saya merumuskan :
- Bagaimana pemenang perang dari pasukan kuffar boleh mendabik dada menang dalam keadaan tidak mendapat sebarang tawanan perang, harta rampasan perang dan mahupun OR (Madinah) tidak dimusnahkan walhal Madinah hanya sekitar 5-6 kilometer sahaja dr Uhud ?
- Menjadi adat perang Arab, mereka akan berpesta sekurang-kurangnya sehari dua di tempat mereka menang, namun kenapa Abu Sufyan tidak melakukannya, bahkan berundur lebih awal tanpa segan silu sebelum tentera Islam berundur.
- Kenapa Abu Sufian tidak membuka pusingan ketiga peperangan ketika beliau mampu melakukan secara moralnya dan kemampuan fizikalnya ?
- Bagaimana anda mengatakan tentera Islam kalah sedangkan sebahagian besar tentera tidak undur sedikitpun, teruskan berjuang untuk mengelakkan ada para sahabat menjadi tawanan walaupun seorang, bahkan Nabi tidak membuat 'kenyataan rasmi' pun bahawa baginda mengaku kalah mahupun mengangkat bendera putih.
Demikianlah antara analisis menarik Mubarakfuri.
- Bagaimana pemenang perang dari pasukan kuffar boleh mendabik dada menang dalam keadaan tidak mendapat sebarang tawanan perang, harta rampasan perang dan mahupun OR (Madinah) tidak dimusnahkan walhal Madinah hanya sekitar 5-6 kilometer sahaja dr Uhud ?
- Menjadi adat perang Arab, mereka akan berpesta sekurang-kurangnya sehari dua di tempat mereka menang, namun kenapa Abu Sufyan tidak melakukannya, bahkan berundur lebih awal tanpa segan silu sebelum tentera Islam berundur.
- Kenapa Abu Sufian tidak membuka pusingan ketiga peperangan ketika beliau mampu melakukan secara moralnya dan kemampuan fizikalnya ?
- Bagaimana anda mengatakan tentera Islam kalah sedangkan sebahagian besar tentera tidak undur sedikitpun, teruskan berjuang untuk mengelakkan ada para sahabat menjadi tawanan walaupun seorang, bahkan Nabi tidak membuat 'kenyataan rasmi' pun bahawa baginda mengaku kalah mahupun mengangkat bendera putih.
Demikianlah antara analisis menarik Mubarakfuri.
"Suatu hakikat yang tidak syak lagi bahawa peperangan Hamra' al-Asad bukanlah satu peperangan yang berasingan, malah ia merupakan sebahagian dari peperangan Uhud, malahan sambungan kepada peperangan Uhud itu sendiri dan siri terakhir dari keseluruhan tahap-tahap dan penceritaannya secara terurai, di ketika para pengkaji menyelidiki mengenai kesudahan peperangan ini, apakah ianya suatu kemenangan atau tidak ? ...
Walaubagaimanapun, satu perkara yang tidak diragui, di mana tentera Makkah tidak dapat menawan institusi ketenteraan Islam disebabkan sebahagian besar tentera al-Madinah tidak berundur lari dari medan pertempuran meskipun berlaku huruhara di barisan tentera Islam, malah seluruh mereka menentang tentera Makkah hingga dapat mereka berkumpul semula di sekeliling qiadah (pimpinan) dan tidak membiarkan tentera lawan memburu askar-askarnya.
Justeru itu tidak ada seorang pun yang menjadi tawanan tentera musyrikinmalah tentera musyrikin tidak mendapat sebarang harta rampasan perang pun dari kaum muslimin dan tentera musuh tidak pula (bersedia) membuka medan pertempuran ketiga (sebagai kata putus pemenang peperangan yang sebenar) meskipun tentera Islam masih di pengkalan perjuangannya.
Demikian juga tentera musyrikin tidak pula bermukim di medan pertempuran untuk selama sehari, dua atau tiga hari seperti yang biasa dilakukan oleh pihak yang menang sebagai tradisi amalam (Arab) di masa itu, malah (tanpa segan silu) dengansegera pula berundur dari situ terlebih dahulu, meninggalkan medan pertempuran lengang sahaja sebelum tentera Islam meninggalkannya.
Tidak pula mereka berani menyerang Madinah untuk menawan kaum wanita sebagai rampasan perang dan harta-harta di sana sedangkan jarak Madinah dengan medan pertempuran hanya beberapa langkah sahaja, dalam keadaan ianya sudahterdedah dan terbuka kepada sebarang serangan.
Kesemuanya ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dipungut oleh Quraisy dari peperangan Uhud ini tidak lebih dari satu kesempatan dan peluang untuk mereka menimpakan kerugian yang teruk ke atas kaum muslimin di samping kegagalan mereka untuk membanteras dan menghapuskan tentera Islam, yang biasanya dilakukan oleh pihak penyerang di mana mereka tidak akan teragak-agak untuk membunuh kesemuanya tentera lawannya
(tambahan saya : termasuk membunuh Nabi S.A.W sendiri sebagai Perdana Menteri kerajaan Madinah gagal, dalam keadaan secara emosionalnya pula, bukankah dendam kesumat kekalahan Badar tahun lepas dan kematian 20 dari 27 orang paling "hardcore" - menurut riwayat al-Maqrizi - untuk membantai dan membunuh Nabi termasuk Perdana Menteri mereka sendiri, Abu Jahal, semuanya mati di Badar), dalam keadaan seperti mana yang telah terjadi kepada tentera Islam, maka sebab itu untuk dikatakan bahawa tentera Quraisy memperolehi satu kejayaan adalah TIDAK, dan JAUH SAMA SEKALI.
Malah apa yang menguatkan lagi sikap kita di mana Abu Sufian bergegas untuk berundur dari medan pertempuran kerana beliau takut tenteranya akan mengalami kekalahan, seandainya beliau membuka semula medan pertempuran yang ketiga. Penegasan ini dapat diperhatikan dari sikap Abu Sufian terhadap peperangan pusingan ketiga iaitu Hamra' al-Asad itu.
Untuk itu, maka kita menegaskan bahawa peperangan ini adalah sebahagian yang tidak terpisah dari induknya (cerita asal dan tajuk utamanya), setiap pihak memperoleh bahagian masing-masing, kerugian dan keuntungan, di penghujungnya setiap pihak menarik diri tanpa memperlihat di mata lawannya sebagai lari dari medan peperangan dengan meninggalkan tapaknya ditawan oleh lawan. Inilah yang dikatakan bahawa ia suatu peperangan yang bersambung dengan (cerita) awalannya.
Untuk itulah Allah menjelaskan dalam firmannya dalam surah an-Nisa : 104 :"Janganlah kamu lemah melawan kaum (musuh) itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapat kesakitan juga sebagaimana kamu mendapat kesakitan. (tetapi) sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan."
(Ayat di atas) Allah menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang dirasai oleh kem yang satu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua situasi adalahsetara, kedua-dua pasukan masing-masing pulang dengan tidak membawa kemenangan."
Pasukan Quraisy menumpang kebijaksanaan Khalid al-Walid cukup brilliant dengan tipu muslihat dan sanggup berkuda sangat jauh melebihi 13 kilometer untuk menyerang dari belakang tentera Islam di dari arah bukit Uhud tanpa disedari. Pasukan Islam pula menumpang kebijaksanaan Ma'bad bi Abi Ma'bad al-Khazaie pakar propaganda Nabi di Hamra' Asad (aksi final Uhud) yang mempengaruhi Abu Sufian, ketua tentera Quraisy membatalkan hasrat menyerang Madinah. Kuasa kebijaksanaan dalam peperangan adalah pengajaran sejarah yang sentiasa berulang.
(sumber foto : http://laxamana.multiply.com/)
(sumber foto : http://laxamana.multiply.com/)
Wallahu a'lam.
“Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya mereka (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim” (Ali Imran: 140).
Rujukan :
Halaman 397-399, Ar-Raheeq Al-Makhtum Sirah Rasulullah S.A.W, Sheikh Sofiy al-Rahman Al-Mubarakfuri, terjemahan Mohd Darus Senawi Ali, terbitan usahama Cresent News (K.L) Sdn. Bhd dan Kumpulan Usahawan Muslim Sdn. Bhd.
Sumber : http://www.iskandarfateh.com/
Bab:
jihad
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (2)
"doakan ahmad dpt jwb peperiksaan dgn tenang ye ibu. minggu depan dh mula exam dh.."
"insyaAllah..ibu selalu doakan anak ibu cemerlang dlm pelajaran..ibu doakan ahmad dpt jwb dgn tenang..jgn gopoh2 tau. jwb elok2.. klu ahmad dh berusaha pasti Allah bg kejayaan.. Rabbana yassir wala tu'assir..."
Assalamualaikum sahabat & sahabiahku, beginilah norma kehidupan.. setiap kali si anak ingin menghadapi peperiksaan.. pastinya doa ibu bapa yg dipinta agar doa itu mengiringi keyakinannya semasa berada di dewan peperiksaan.. sama juga spt ana, stiap kali menjelang musim peperiksaan.. saat itulah doa ibu di pinta.. sedangkan si ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anaknya..setiap masa.. tiada ibu bapa yang ingin melihat kegagalan anaknya.. tapi, ADAKAH KITA SENTIASA MENDOAKAN IBU BAPA KITA? cukup ke dgn sekadar doa rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro??? masih igt doa ini? doa lazim ketika selepas solat. Alhamdulillah bg yang masih mengamalkan doa ini selepas solat.. bagaimana pula dengan sagabat2 kita yang lain tu yang sgt jarang2 solatnya???? Jadilah anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu bapa..Mungkin hanya dgn sepotong doa ini dpt menyelamatkan ibu bapa kita dari dijilat neraka. Kerana apabila mati anak adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama:
1) Amal Jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa Anak-anak yang soleh
"Doa itu senjata orang mukmin"
p/s: semoga sahabat2 ana cemerlang dlm akademik dunia & akademik akhiratnya.. amin...
"insyaAllah..ibu selalu doakan anak ibu cemerlang dlm pelajaran..ibu doakan ahmad dpt jwb dgn tenang..jgn gopoh2 tau. jwb elok2.. klu ahmad dh berusaha pasti Allah bg kejayaan.. Rabbana yassir wala tu'assir..."
Assalamualaikum sahabat & sahabiahku, beginilah norma kehidupan.. setiap kali si anak ingin menghadapi peperiksaan.. pastinya doa ibu bapa yg dipinta agar doa itu mengiringi keyakinannya semasa berada di dewan peperiksaan.. sama juga spt ana, stiap kali menjelang musim peperiksaan.. saat itulah doa ibu di pinta.. sedangkan si ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anaknya..setiap masa.. tiada ibu bapa yang ingin melihat kegagalan anaknya.. tapi, ADAKAH KITA SENTIASA MENDOAKAN IBU BAPA KITA? cukup ke dgn sekadar doa rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro??? masih igt doa ini? doa lazim ketika selepas solat. Alhamdulillah bg yang masih mengamalkan doa ini selepas solat.. bagaimana pula dengan sagabat2 kita yang lain tu yang sgt jarang2 solatnya???? Jadilah anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu bapa..Mungkin hanya dgn sepotong doa ini dpt menyelamatkan ibu bapa kita dari dijilat neraka. Kerana apabila mati anak adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama:
1) Amal Jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa Anak-anak yang soleh
"Doa itu senjata orang mukmin"
p/s: semoga sahabat2 ana cemerlang dlm akademik dunia & akademik akhiratnya.. amin...
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (1)
aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
persahabatan terjalin kerana Al-Kholiq,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga,
aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.
serta senyuman Syed Al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.
aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.
marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuh dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak haruman kasturi,
aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.
Petikan dari Novel Tautan Hati
Fatimah Syarha Mohd Noordin
p/s : moga Allah merahmati org yg sudi meminjamkan novel indah ini.
![]() |
| 6.10 PM |
Bab:
sahabat
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (0)
Wahai wanita tidak bertudung
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.
Wahai wanita bertudung labuh
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi
,riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,
Wahai muslimah solehah pula
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (6)
Assalamualaikum sahabat dan sahabiahku. Alhamdulillah ana masih diberikan jari yang sempurna dan minda yang sihat untuk membuat satu pengakuan hari ini. Sebagai lelaki, keluar sahaja dari kawasan rumah, ana setiap hari terpaksa mencederakan mata ana kerana kelibat wanita yang tidak mengenakan aurat yang sempurna sangat memedihkan. kemana-mana saja ana pergi pasti mudah sekali terpandang susuk tubuh wanita. yang bertudung pun memakai baju yang ketat, apatah lagi yang tidak bertudung. pada ana, bila baju yang dipakai itu sudah menampakkan bentuk tubuh, itu sudah cukup ketat! tidakkah wanita-wanita ini malu? apa agaknya perasaan mereka menayangkan tubuh untuk disantap nafsu rakus lelaki? mengapa ana mesti berhadapan dengan ujian sebegini. air mata kekadang tak mampu dibendung lagi kerana merasakan diri ini sering saja melanggar arahan Allah. ampuni dosaku ya Allah. sungguh, aku cukup ingat pesananmu.
"Katakanlah kpd lelaki-lelaki beriman: "hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang nereka lakukan" (Surah an-nur: 30)
tatkala ayat ini bermain di fikiran. ana hanya mampu beristighfar. andai mata ana ada memori kad. pasti ana sudah membuangnya jauh-jauh. tapi tak semudah itu kerana setiap yang ana lihat sudah terakam dan tersimpan rapi di "server" akhirat dan hanya menanti untuk ditayangkan semula untuk menentukan betapa banyaknya azab pedih yang akan ana lalui. ampuni dosaku Ya Allah. sungguh aku ni hambaMu yang sangat sangat lemah dalam mengendali "kuda liar" dalam diri. wahai sahabat-sahabiahku, ingatlah pesan Allah:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (Al-A'raf :26)
Namun kepedihan mata yang dicarik-carik akibat menonton wayang percuma bagaikan terubat dengan sendirinya bila ana perasan kelibat wanita berjilbab sempurna. terima kasih si jilbab labuh kerana mengubati mata ini. bukan bererti ana menatap ya. kelibat bayangnya sahaja sudah menyejukkan mata. lebih menyejukkan bila jilbab itu disempurnakan dengan niqab. ana sangat-sangat berterima kasih kerana antum telah membina suasana ibadah. suasana yang dituntut nabi. suasana yang sangat menyelamatkan diri antum sendiri. ana teringat kata-kata seorang sahabat yang menetap di Yaman. dia mengatakan, "di hadharamaut (yaman) sangat sukar melihat wanita yang membuka niqabnya di khalayak ramai kerana menayangkan wajah adalah suatu yang sangat aib!". indah bukan bila berada dalam suasana seperti itu. suasana yang sangat-sangat ana idamkan. tetapi di negara kelahiran ana ni sepertinya mustahil untuk mempunyai suasana seperti itu. pemimpinnya saja bertudung tiga suku dengan rambut tersembul keluar. apatah lagi dengan rakyatnya yang semakin ber"telanjang" kini. Cuba antum lihat dan fahami perbualan dibawah.
Anda lihat sendiri prinsip mereka yang tidak berjilbab, berjilbab dan berniqab. apa yang ana dapat simpulkan dari perbualan di atas,
Hijab is a screen of privacy → Niqab is a better screen Hijab helps develop taqwa → Niqab helps develop more taqwa Hijab is a jihad that purifies the soul → Niqab is a greater jihad Hijab is a protection for sisters → Niqab is a better protection Hijab is an assertion of Islamic identity → Niqab is a stronger assertion Hijab is fard → Niqab is mustahabb
Ayuh sahabiahku dan semua pembaca. berNIQABlah! andai antum terasa berat. usahakanlah dengan meletakkan niat yang teguh dahulu. kemudian cuba perlahan-lahan. insyaAllah, andai ada keinginan yang kuat pasti Allah akan tunjukkan jalan. Kepada wanita yang masih rasa bahagia dengan "keterlanjangan", selamatkanlah diri anda dari pandangan "3 dimensi" lelaki yang sentiasa bersedia untuk menjamu selera. Jangan salahkan lelaki andai anda dirogol dan diperkosa kerana anda sendiri yang meminta dengan "bahasa tubuh" kerana pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada panahan iblis. pandangan itulah yang menghasilkan zina mata. lalu, zina mata itu menjadi suis kepada zina tangan, kaki, hati dan kemaluan.
Mata itu boleh berzina dan zinanya adalah pandangan,
Lidah itu boleh berzina, dan zinanya adalah adalah perkataan.
kaki itu boleh berzina dan zinanya ayunan ayunan langkah
Tangan itu boleh berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
"Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan keinginan itu"
"Rasulullah bersabda dalam Musnad Ibn Hanbal maksudnya: Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis. sesiapa yang menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskannya kelazatan beribadat dalam hatinya yang dimiliki sehingga saat dia bertemu denganNYA"
wahai wanita, bantulah lelaki yang lemah seperti ana ni dengan menjaga auratmu kerana imanku sangat rapuh dan pandanganku sangat susah jatuh ke bumi. ana hanya insan biasa yang mempunyai segala macam kekurangan. mudah-mudahan Allah jodohkan ana dengan si penyejuk mata walaupun merasakan diri ini sangat tidak layak. Mohon doakan kesembuhan mata ana ye sahabat!
![]() |
| 00:21am |
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (3)
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Bab:
renungan
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (0)
WAHAI MUSLIMAH......Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
WAHAI MUSLIMAH......Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
WAHAI MUSLIMAH......Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
WAHAI MUSLIMAH......Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
WAHAI MUSLIMAH......Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
WAHAI MUSLIMAH......Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.
WAHAI MUSLIMAH......Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
WAHAI MUSLIMAH......Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
WAHAI MUSLIMAH......Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
WAHAI MUSLIMAH......Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
WAHAI MUSLIMAH......Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.
Bab:
muslimat
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (0)
[1] Pertama, enggan bergaul kecuali dengan orang yang dapat memperbaiki agamanya dan mengendalikan syahwat dan lisannya.
[2] Kedua, jika memperoleh dunia yang besar, dianggapnya sebagai beban dan ujian.
[3] Ketiga, jika ilmunya agamanya bertambah, meski sedikit, ia merasa sangat beruntung.
[4] Keempat, tidak mengisi perutnya secara penuh meski dengan makanan halal, karena khawatir bercampur barang yang haram.
[5] Kelima, memandang semua orang sudah baik, sedang ia merasa dirinya masih kotor dan penuh dosa.
"Kesudahan yang baik hanyalah bagi orang-orang yang bertakwa kepadaNYA"
[2] Kedua, jika memperoleh dunia yang besar, dianggapnya sebagai beban dan ujian.
[3] Ketiga, jika ilmunya agamanya bertambah, meski sedikit, ia merasa sangat beruntung.
[4] Keempat, tidak mengisi perutnya secara penuh meski dengan makanan halal, karena khawatir bercampur barang yang haram.
[5] Kelima, memandang semua orang sudah baik, sedang ia merasa dirinya masih kotor dan penuh dosa.
"Kesudahan yang baik hanyalah bagi orang-orang yang bertakwa kepadaNYA"
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (0)
Assalamualaikum sahabat dan sahabiahku yang sentiasa kudoakan untuk berada di bawah payung rahmat Allah kerana kalian adalah insan yang banyak membantu agama Allah.Pasti Allah juga akan membantu kalian. Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvokesyen KKTM pasir mas. Majlis yang sangat indah walaupun kelibatnya tidak gah seperti pesta-pesta yang berlangsung di universiti-universiti besar di Malaysia. Walaupun tidak besar, tapi majlis itu sangat terpelihara dari budaya yang melalaikan. bahkan ucaptama VIP dari MARA juga mengandungi terlalu banyak peringatan mengenai kejayaan di akhirat kelak. sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam perhimpunan professional sekarang.
Ana juga jadi teruja untuk melakukan sesuatu yang boleh mengindahkan lagi majlis tersbut dengan bernasyid. walaupun tidak mempunyai kelebihan seperti maher zain, tapi ana cuba sebaik mungkin walaupun banyak sangat kekurangan. mudah-mudahan niat ana untuk menarik minat pendengar tentang indahnya hiburan islam akan tercapai suatu masa nanti.
Ini persoalannya!!! HIBURAN DALAM ISLAM adakah difahami semua orang islam??? sedangkan masih ada ahli kumpulan nasyid ana yang hanya ingin popular dengan bernasyid. bukankah setiap amal bergantung pada niat? indanhnya kalau mereka faham nasyid bukan sekadar hiburan. tapi terselit usaha dakwah dengan setiap bait kata yang dilontar. andai orang yang mendengarnya merasakan ada manfaat yang boleh diikut. tidakkah ada pahala yang berterusan bagi munsyid itu selagi pendengar itu beramal? ana cukup tertarik dan menghormati MAHER ZAIN kerana setelah ditunjukkan jalan pulang oleh Allah, beliau lalu menggunakan kelebihan seni yang ada padanya lalu berjaya membuka mata dunia dengan keindahan ajaran Nabi Muhammad melalui hiburan yang sangat menenangkan. mudah-mudahan dengan usaha beliau dapat membuka lebih banyak pintu hidayah untuk para pendengarnya di serata dunia. tapi apa sudah jadi dengan munsyid di negara kita? taraf nasyid sudah di samakan dengan hiburan barat. tiada nilainya lagi bait lagunya dalam usaha dakwah. nasyid di malaysia tidak lagi memberi kesan kepada pendengarnya. apa yang lebih memalukan, nasyid itu sendiri menjadi hiburan yang melalaikan dan mengasyikkan. anda tidak percaya? saya ada buktinya. cuba lihat video di bawah.
nah! inilah fenomena nasyid di malaysia. anda tertarik bukan??? tertarik sangat kan???? kalau anda tidak tertarik. masakan juri yang mewakili JAKIM menobatkan kumpulan ini sebagai JUARA PERSEMBAHAN TERBAIK dalam festival nasyid kebangsaan 2009. Saat ana melihat video ini, hancur luluh hati ana ibarat di siat-siat dan dicincang lumat hingga merasa give up untuk bernasyid lagi. ana cukup malu! sedih! dengan liuk lenggoknya dan suara yang sangat menjamu nafsu...tidakkah mereka takut dengan azab Allah? Allah telah berfirman :
“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
salah ke wanita ingin bernasyid???
tentunya tidak salah.
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat BERFIKIR JAHAT (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
berdasarkan dalil yang dikemukakan diatas jelas membuktikan pengHARAMan wanita untuk memperdengarkan nyanyian kepada yang bukan muhrim. Ditambah pula, berada pula di atas pentas menjadi tontonan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata apa pun,apatah lagi penyanyi atau penasyid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu HARAMnya lebih BESAR. lagipun nasyid mereka ni bukan nasyid pembakar semangat seperti nasyid wanita palestin yang dilaungkan kepada mujahidin mujahidah yang berjuang kerana Allah disana. sudahlah kita tidak mahu membantu palestin, malah kita lemahkan umat islam kita dengan hiburan sebegini rupa. anda setuju?????
![]() |
| 1:18am |
Bab:
renungan
Warkah
Tentera 4JJI
Berkata Benar (0)
Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:
“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.
Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)
“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.
5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."
Rujukan: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh
sumber : http://akhowatbiz89.blogspot.com/
1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.
Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan “Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.
Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)
2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah. 3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.
4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah. 5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).
6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya. 7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki. 8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya. 9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain. 10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."
Rujukan: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh
sumber : http://akhowatbiz89.blogspot.com/
Bab:
taujih













