Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Syukur

Ya Allah..
kiranya ku buka mataku ini,
jadikan penglihatanku,
melihat kebesaranMu,
kiranya ku hirup segar udara pagiMu,
jadikan aku insan yang bersyukur,
dengan setiap sedutan nafasku..
 
Ya Allah..
kiranya ku hirup secawan teh,
jadikan rezekiku sumber hidupku,
kiranya ku langkah kakiku,
jadikan setiap langkahku,
langkah jihad padaMu..
 
Ya Alllah..
kiranya tanganku menadah,
biarlah ku tadah keampunanMu,
bukan mengharap rezekiMu,
datang bergolek,melayang jauh,
kerana..akan luruh setiap daging muka manusia,
kira hidupnya meminta-minta..
 
Ya Allah..
kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong,
yang membenarkanMu,
seperti kebenaran Assidiq,
biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu,
seperti Ali,pintu ilmu kekasihMu,
berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah,
yang Kau cipta sebagai pendamping kekasihMu..
 
Ya Allah..
kiranya semua itu tidak layak buatku,
aku tetap bersyukur,
dipertemukan sahabat,
seperti insan yang menatap lembaran ini,
mungkin padanya ada segalanya,
yang tak pernah aku cuba selongkari..
mungkin padanya letaknya apa yang aku,
impikan..
mungkin juga dia hadir kerana KAU sayang padaku.

Kata Ibu...

"doakan ahmad dpt jwb peperiksaan dgn tenang ye ibu. minggu depan dh mula exam dh.."
"insyaAllah..ibu selalu doakan anak ibu cemerlang dlm pelajaran..ibu doakan ahmad dpt jwb dgn tenang..jgn gopoh2 tau. jwb elok2.. klu ahmad dh berusaha pasti Allah bg kejayaan.. Rabbana yassir wala tu'assir..."

Assalamualaikum sahabat & sahabiahku, beginilah norma kehidupan.. setiap kali si anak ingin menghadapi peperiksaan.. pastinya doa ibu bapa yg dipinta agar doa itu mengiringi keyakinannya semasa berada di dewan peperiksaan.. sama juga spt ana, stiap kali menjelang musim peperiksaan.. saat itulah doa ibu di pinta.. sedangkan si ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anaknya..setiap masa.. tiada ibu bapa yang ingin melihat kegagalan anaknya.. tapi, ADAKAH KITA SENTIASA MENDOAKAN IBU BAPA KITA? cukup ke dgn sekadar doa rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro??? masih igt doa ini? doa lazim ketika selepas solat. Alhamdulillah bg yang masih mengamalkan doa ini selepas solat.. bagaimana pula dengan sagabat2 kita yang lain tu yang sgt jarang2 solatnya???? Jadilah anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu bapa..Mungkin hanya dgn sepotong doa ini dpt menyelamatkan ibu bapa kita dari dijilat neraka. Kerana apabila mati anak adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama:
1) Amal Jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa Anak-anak yang soleh

"Doa itu senjata orang mukmin"

p/s: semoga sahabat2 ana cemerlang dlm akademik dunia & akademik akhiratnya.. amin...

Teman...



Teman tersayang,
aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
persahabatan terjalin kerana Al-Kholiq,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga,

aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

serta senyuman Syed Al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuh dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak haruman kasturi,

aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.

Petikan dari Novel Tautan Hati
Fatimah Syarha Mohd Noordin 

p/s : moga Allah merahmati org yg sudi meminjamkan novel indah ini.

6.10 PM

Wahai Wanita...

Wahai wanita tidak bertudung

Sungguh cantik alunan rambut mu,

Bebas menggerbang kemas terikat,

Terserlah di bawah cahaya mentari,

Mentari dunia yang tak sehebat neraka,

Iaitu api yang kan membakar rambut mu,

di hari akhirat hari penentu,

maka hanguslah segalanya,

hilanglah cantik alun rambut mu,

tiada lagi yang menggerbang,

tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,

Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.


Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,

Ringkas pendek tersempang rapi,

Tersembul jambul tertutup dahi,

Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?

Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?

Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,

Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,

Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,

Mereka itu wanita yang tak bertudung,

Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,

Sebahagian daripada mereka yang bertudung,

Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh

Sungguh cantik terlindung rambut mu,

Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,

Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,

Mengaburi segala yang tersirat di hati,

hanya diri sendiri yang menghakimi,

mungkin suci ikhlas kerana Illahi,

atau berdebu dengan sebab duniawi

,riak wajah nampak tawadhu’,

riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,

alangkah ruginya andai benar begitu,

kerna azab masih tak terlepas dari mu,

serupalah sahaja diri mu ditunggu,

diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,

sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,

sebahagian daripada mereka yang bertudung,

bertudung labuh hingga ke paras dada,

tersemat jua bersamanya rasa taqwa.



Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,

Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,

Syariat islam sebati dalam diri,

Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,

Yang dijanjikan di akhirat nanti,

Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,

Menjadi idaman setiap muslim soleh,

Yang sukar sekali untuk diperoleh,



Wahai muslimah solehah pula

Jadilah mukminah mujahidah,

Mujahidah yang akan menyeru,

Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,

Mujahidah yang akan berdakwah,

Agar diri dan umat berubah,

Mujahidah yang akan mengajak,

Agar islam kembali tertegak.


Terima Kasih Si NIQAB!

Assalamualaikum sahabat dan sahabiahku. Alhamdulillah ana masih diberikan jari yang sempurna dan minda yang sihat untuk membuat satu pengakuan hari ini. Sebagai lelaki, keluar sahaja dari kawasan rumah, ana setiap hari terpaksa mencederakan mata ana kerana kelibat wanita yang tidak mengenakan aurat yang sempurna sangat memedihkan. kemana-mana saja ana pergi pasti mudah sekali terpandang susuk tubuh wanita. yang bertudung pun memakai baju yang ketat, apatah lagi yang tidak bertudung. pada ana, bila baju yang dipakai itu sudah menampakkan bentuk tubuh, itu sudah cukup ketat! tidakkah wanita-wanita ini malu? apa agaknya perasaan mereka menayangkan tubuh untuk disantap nafsu rakus lelaki?  mengapa ana mesti berhadapan dengan ujian sebegini. air mata kekadang tak mampu dibendung lagi kerana merasakan diri ini sering saja melanggar arahan Allah. ampuni dosaku ya Allah. sungguh, aku cukup ingat pesananmu.
"Katakanlah kpd lelaki-lelaki beriman: "hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang nereka lakukan" (Surah an-nur: 30)
tatkala ayat ini bermain di fikiran. ana hanya mampu beristighfar. andai mata ana ada memori kad. pasti ana sudah membuangnya jauh-jauh. tapi tak semudah itu kerana setiap yang ana lihat sudah terakam dan tersimpan rapi di "server" akhirat dan hanya menanti untuk ditayangkan semula untuk menentukan betapa banyaknya azab pedih yang akan ana lalui. ampuni dosaku Ya Allah. sungguh aku ni hambaMu yang sangat sangat lemah dalam mengendali "kuda liar" dalam diri. wahai sahabat-sahabiahku, ingatlah pesan Allah:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (Al-A'raf :26)
Namun kepedihan mata yang dicarik-carik akibat menonton wayang percuma bagaikan terubat dengan sendirinya bila ana perasan kelibat wanita berjilbab sempurna. terima kasih si jilbab labuh kerana mengubati mata ini. bukan bererti ana menatap ya. kelibat bayangnya sahaja sudah menyejukkan mata. lebih menyejukkan bila jilbab itu disempurnakan dengan niqab. ana sangat-sangat berterima kasih kerana antum telah membina suasana ibadah. suasana yang dituntut nabi. suasana yang sangat menyelamatkan diri antum sendiri. ana teringat kata-kata seorang sahabat yang menetap di Yaman. dia mengatakan, "di hadharamaut (yaman) sangat sukar melihat wanita yang membuka niqabnya di khalayak ramai kerana menayangkan wajah adalah suatu yang sangat aib!". indah bukan bila berada dalam suasana seperti itu. suasana yang sangat-sangat ana idamkan. tetapi di negara kelahiran ana ni sepertinya mustahil untuk mempunyai suasana seperti itu. pemimpinnya saja bertudung tiga suku dengan rambut tersembul keluar. apatah lagi dengan rakyatnya yang semakin ber"telanjang" kini. Cuba antum lihat dan fahami perbualan dibawah.

Anda lihat sendiri prinsip mereka yang tidak berjilbab, berjilbab dan berniqab. apa yang ana dapat simpulkan dari perbualan di atas, 
Hijab is a screen of privacyNiqab is a better screen
Hijab helps develop taqwaNiqab helps develop more taqwa
Hijab is a jihad that purifies the soulNiqab is a greater jihad
Hijab is a protection for sistersNiqab is a better protection
Hijab is an assertion of Islamic identityNiqab is a stronger assertion
Hijab is fardNiqab is mustahabb
Ayuh sahabiahku dan semua pembaca. berNIQABlah! andai antum terasa berat. usahakanlah dengan meletakkan niat yang teguh dahulu. kemudian cuba perlahan-lahan.  insyaAllah, andai ada keinginan yang kuat pasti Allah akan tunjukkan jalan. Kepada wanita yang masih rasa bahagia dengan "keterlanjangan", selamatkanlah diri anda dari pandangan "3 dimensi" lelaki yang sentiasa bersedia untuk menjamu selera. Jangan salahkan lelaki andai anda dirogol dan diperkosa kerana anda sendiri yang meminta dengan "bahasa tubuh" kerana pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada panahan iblis. pandangan itulah yang menghasilkan zina mata. lalu, zina mata itu menjadi suis kepada zina tangan, kaki, hati dan kemaluan. 
Mata itu boleh berzina dan zinanya adalah pandangan,  
Lidah itu boleh berzina, dan zinanya adalah adalah perkataan.

kaki itu boleh berzina dan zinanya ayunan ayunan langkah

Tangan itu boleh berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.

"Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan keinginan itu"

"Rasulullah bersabda dalam Musnad Ibn Hanbal maksudnya: Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis. sesiapa yang menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskannya kelazatan beribadat dalam hatinya yang dimiliki sehingga saat dia bertemu denganNYA"
wahai wanita, bantulah lelaki yang lemah seperti ana ni dengan menjaga auratmu kerana imanku sangat rapuh dan pandanganku sangat susah jatuh ke bumi. ana hanya insan biasa yang mempunyai segala macam kekurangan.  mudah-mudahan Allah jodohkan ana dengan si penyejuk mata walaupun merasakan diri ini sangat tidak layak. Mohon doakan kesembuhan mata ana ye sahabat!

00:21am

 
 
 

Untuk Sahabatku...



Sahabat,..
Mungkin engkau bertanya mengapa kutuliskan cerita ini padamu, padahal kamu mengenal aku sebagai orang yang tak pernah serius memikirkan sesuatu.


Sahabat..
Saidina Ali bin Abi Thalib ra., berkata bahwa iman seseorang itu adalah laksana air laut, terkadang ia pasang dan terkadang pula ia surut. Mungkin begitulah aku saat ini, sahabat.. Mungkin saat ini imanku sedang pasang sehingga aku mau menyambung tali ukhuwah kepadamu, tapi mungkin besok aku kembali seperti yang engkau kenal sebelumnya,.. yach,.. Aku akui kalau aku hanyalah seorang manusia yang belum bisa memegang teguh iman secara utuh, aku masih diliputi nafsu keduniawian yang kadang membuat aku selalu terkekang didalamnya.


Sahabat,…
Mari kita merenungi perjalanan kita selama ini.Kita bertanya pada diri sendiri. Apa yang telah kita lakukan selama ini? Apakah kita telah melakukan sesuatu yang memberi manfaat untuk orang lain? Apakah kita telah memberi manfaat untuk agama? Apakah kita telah mengerjakan sesuatu untuk kebaikan saudara-saudara kita?


Sahabat,..
Sejak terlahir kita telah di bai`at sebagai seorang muslim. Karena orang tua kita juga adalah muslim. Al Quran dan Assunah menjadi pegangan hidup kita. Kita baca Al Quran disetiap kesempatan, kita dengarkan untaian hadits disetiap waktu. Namun terkadang, apa yang kita baca dan kita dengar, hanyalah membaca dan mendengar tanpa ada aplikasi dalam kehidupan kita.


Sahabat,…
Munafiqkah kita? Masih pantaskah kita mengharapkan syafa’at beliau kelak di hari akhir?? Sedangkan kadar ibadahku, kadar kesetiaanku lebih kecil dari perumpamaanan buih dilautan.


Seorang guru mengatakan bahwa syafa`at ialah ibarat kain untuk menambal sebuah baju, dan ibadah kita adalah ibarat baju tersebut. Tapi apakah ibadahku bisa berbentuk sebuah baju ataukah hanya secarik kain yang hanya cukup untuk menjadi sebuah lap yang hanya berguna untuk membersihkan meja dan lantai tetapi tak akan cukup untuk menutupi aurat kita. Cukupkah? Cukupkah ibadahku untuk mengharap syafa`at beliau kelak di kemudian?


Sahabat,…


Ketika kita bersedih tentang penderitaan saudara-saudara kita nun jauh disana. Ketika kita marah atas penindasan pada saudara-saudara kita disana. Ketika kita menangis atas syahidnya saudara kita disana..
Tapi kita menjadi buta, buta akan tetangga kita, buta akan saudara kita disini…disini… diperempatan jalan, di dalam bis kota, di sekitar tempat pembuangan sampah..


Mereka adalah saudara kita sahabat…
saudara kita yang terlupakan, padahal mereka juga merintih,…
mereka juga menangis,dan juga tertindas…
Tertindas oleh keadaan


Lihatlah sahabat….
Lihat anak kecil itu, berlari-lari di perempatan sambil melantunkan nyanyian..
Lihatlah saudara kita yang menyebarkan kotak amal di bis kota..
Lihatlah saudara kita yang mengais rejeki sambil mengorek sampah..
Lihatlah seorang bayi yang di tetek ibunya dipinggir jalan berdebu..
Terlihatkah? Sahabat kita yang menenteng sebuah proposal untuk sebuah yayasan yatim piatu
Nampakkah? Saudara kita yang menjual pamplet untuk kehidupan sekumpulan kaum fakir?
Masihkah kita bisa melihat mereka sahabat??


Sahabat,..
Kita terlalu dininabobokan oleh mimpi..
Mimpi bahwa kita akan kembali berjaya
Mimpi bahwa kita pernah menaklukkan andalusia
Mimpi bahwa kita pernah menguasai daratan eropa
Padahal kita sekarang tertindas, tertindas di negeri sendiri,..
Negeri yang masih mendengarkan adzan di Subuh hari
Negeri yang masih menyedian waktu untuk saling bertausiyah saling, mengingatkan, dan saling menjaga ukhuwah


Sahabat….
Dulu masih sering ku dengar dan kulantunkan sebuah syair tentang ketidakberdayaan..
Setiap Subuh dan setelah Jumat, kudengar dan kulantunkan sebait syair,.,
Ilahi lastu lil firdausi ahla
wa laa aqwa alaan naril jahiimi
fa habli tauubatan, wa ighfir dunubi
fa innaka ghafirund danbil adzimi


Allah kami bukanlah ahli syurga-Mu
namun kami tidak kuat keneraka-Mu
terima taubat kami, ampunkan dosa kami
jadikanlah kami orang yang terampuni
Sebuah syair tentang ketidakberdayaan yang mengingatkan kita akan ke-takabur-an ke-ria-an diri kita..
Semoga masih ada waktu untuk kita merenungi dan memperbaiki diri..
Powered By Blogger