Teman...



Teman tersayang,
aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
persahabatan terjalin kerana Al-Kholiq,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga,

aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

serta senyuman Syed Al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuh dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak haruman kasturi,

aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.

Petikan dari Novel Tautan Hati
Fatimah Syarha Mohd Noordin 

p/s : moga Allah merahmati org yg sudi meminjamkan novel indah ini.

6.10 PM

1 Berkata Benar:

amin yaRabillalamin.

alangkah indahnya jikalau benar2 persahabtan sebegini dpt dijalinkan terutamanya di zaman skrg? iAllah moga persahabatan sebegini menjadi kebiasaan dan bisa terbentuk dlm kalangan umat seIslam. Aminn.

WAllahua'lam

 

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger