Si Luncai

Buatmu si luncai...

Sengaja aku mahu nukilkan sesuatu untukmu.. kegundahan yang menyenak di sanubari...
kehairanan yang menyerbu di minda... seribu satu persoalan yang menerjah di hati...

aku hairan...
mengapa semasa rusuhan mesir,
nampak kau begitu cemas...
mungkin kerna ada saudara2mu disana ye?
tapi apabila rusuhan melanda di negara lain seperti libya..
tidak pula kau mahu ambil tahu...
sekarang pula, apabila tsunami melanda di Jepun,
kau masih lagi tak tahu dan mungkin juga kau buat-buat tak tahu..
bagaimana di tempat2 lain pula...?

aku benar-benar hairan.

tidak tahukah dikau bahawa mereka juga manusia...?

duhai si luncai..

tidak tahukah, bala ALLAH itu peringatan untuk kita...
tidak tahukah bahwa malang itu tidak berbau..
tidak tahukah bahwa ajal itu rahsia Tuhan..
sedangkan JEPUN yang mempunyai kemajuan teknologi yang luar biasa itu bisa hancur ranap dengan sekelip mata...
apatah lagi kita di bumi MALAYSIA yang dikelilingi dengan pantai yang luas ini...

duhai si luncai.. mengapa masih temanggu...?

kenapa masih leka dgn kehidupan sendiri...
masih 'sibuk' dengan hal peribadi...
masih sedap gosip memanjang...
masih asyik dengan hiburan yang tak berkesudahan...
masih akur dengan hasad dengki yang membahang...
masih rasa 'aman' yang tak sudah2...
sedang disana sudah berjuta2 roh menusia yang terbang melayang bertemu ROBBI...

apakah yang sudah melanda akal dan budayamu?
sudah hilang sensitiviti sesama manusia kah.....?
apakah kerna tiada saudara/sahabat yg kita kenal disana kah?
atau kerna bukan tempat kita yang kena, jadi kau tak perlu untuk gundah gulana....?
apakah ini...?

ini puisi buatmu... 

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA! (saifulislam)

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…
Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…
Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…
Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…
Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…
Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…
Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…
Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!

0 Berkata Benar:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger