Mahasiswa pencorak dan pengorak

Assalamualaikum,
setelah lama ana menantikan sinar hidayah Allah, akhirnya muncul wasilah yang tidak disangka-sangka, benarlah manusia hanya mampu merancang dan berusaha tapi Allah yang akan menentukan segalanya. Syukran untuk warga KTD (Kolej Teknologi Darulnaim @ Kolej tarbiah dan Dakwah) diatas usaha untuk menyemarakkan dakwah pemuda-pemuda islam di tempat ana yang sangat daif ni.. untuk warga SPMM USIM, ana berterima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi pengertian mujahadah kepada ana. KTD dan USIM??? apa kena mengena?
ya.. dua institusi yang mempunyai intuisi yang sama tapi situasi dakwah yang berbeza. kedua-duanya sama hebat tapi yang membezakan adalah hamparan perjalannya...karpet merah atau batu berduri... Walaupun ana tak berpeluang untuk bersilaturrahim  dgn USIM.. tapi Allah bagi ana peluang yang lebih lumayan selepas bersilaturrahim dengan pendakwah KTD. selepas itu matlamat ana menjadi lebih jelas dengan terakamnya istilah "MAHASISWA PENCORAK UMMAH".

Mahasiswa adalah pencorak masyarakat...tapi proses mencorak perlulah diiringi dengan mengorak langkah yang bijak dan bersungguh-sungguh. ana tersentak dengan sebuah mutiara kata,
"Amanah dakwah hanya dapat dipikul oleh orang-orang yang memiliki azimah (idealisme yang tinggi) bukan orang yang memilih tujuan yang rendah, senang dengan hidup santai, bertangguh dan rileks, memilih istirehat dan tidak mahu susah. Dakwah hanya dapat dikerjakan oleh orang yang dapat mengalahkan uzur bukan pandai mencipta uzur, berupaya semaksima mungkin untuk terus aktif di medan jihad dan memberikan sumbangan yang terbaik buat dakwah. Hidup mereka adalah untuk memberi dan hanya akan bahagia apabila dapat memberi di jalan dakwah."-dipetik dari blog ABU RIDHWAN

rupa-rupanya selama ini ana hanya insan yang  beridealisme rendah, bertujuan rendah, banyak istirehat dan tidak mahu susah. dengan keadaan diri ini yang masih dalam proses membuang jahiliyyah.. makin kuat ana berusaha, makin kuat dugaan yang bertindak seperti magnet yang berupaya melekatkan semula debu-debu jahiliyyah menjadi zahir semula. sebab itu perlunya sahabat-sahabat perkasa yang akan memaut dan menarik ana semula jauh dari kuasa magnet jahiliyyah dengan iman dan tarbiyyah agar diri ana bebas dari cengkaman dan terbang bebas bersama awan-awan islam yang akan menghujani dan memberi manfaat kepada makhluk lain yang ada dibawahnya kerana hujan itu akan disertai dengan Ilmu, Peribadi, Zuruf(suasana) dan Istiqamah. Keempat-empat elemen ini perlu dihujankan selebat-lebatnya kepada ummah, barulah anda akan melihat kawasan yang dihujani itu kembali subur dan menghijau bersama islam. itulah yang dikatakan sebagai mencorak ummah atau masyarakat. Tetapi, kata tak seindah rupa. usaha untuk menghujani ummah dengan keempat-empat elemen itu bukan semudah hujan yang turun... masakan hujan boleh turun dengan lebatnya andai awan tidak terpenuhkan dengan air. jadi sebelum kita mencorak ummah dengan keempat-empat eleman tersebut. maka perbanyakkan dan penuhkanlah awanmu dengan ilmu, peribadi mulia, suasana ibadah dan berisitqamah.

bersambung...

0 Berkata Benar:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger