HARAM adalah haram!

Salam sahabat dan sahabiah ku...entah mengapa tiba-tiba aku merasakan diriku semakin dekat dengan nikah. bukannya nak menggatal. tapi aku dihujani dengan tugasan yang akan membuatkan aku lebih mendekati nikah.. pertama, tugasan pengajianku bertajuk konsep nikah..aku perlu mengkaji nikah dari pelbagai pandangan ulama'..sebelumnya   tugasan aku bertajuk wanita yang haram dikahwini..Kemudian aku didatangi beberapa orang sahabat/sahabiah yang berhasrat ingin membantu aku menemui jodoh..dengan getar hati aku menolak pelawaan mereka..lalu, aku diarahkan pula untuk mengendali sebuah siri kursus pra perkahwinan. dari A sampai Z pengetahuan tentang nikah ini dikupas.. Hatiku masih lagi belum berbunga untuk menikah.. aku cuba memandang takdir Allah dengan sudut positif lain..ye, sahabat2 ku berpendapat bahawa apa yang Allah takdirkan banyak hikmahnya. Sedangkan takdir kita seorang islam pun belum tentu menjaminkan syurga Allah..begitulah hikmahnya aturan Allah dan sempitnya akal manusia..Hebatnya Allah yang mencipta sistem kehidupan.. Kini aku lebih memahami nikah dari sudut yang lebih terperinci.. erti nikah bukan hanya untuk memiliki...tetapi untuk kehidupan yang abadi.. Bukan hanya untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan seperti yang tertera di wikipedia.. tetapi untuk membina keluarga islam yang dituntut untuk membela dan menegakkan agama Allah...Mungkin perasaan itu wujud kerana aku benar2 mahu berusaha hindarkan maksiat dan zina...hidupku sebagai manusia biasa teramatlah mudah digoda dan tergoda oleh bisikan syaitan.. Hidup kurasakan sangat dekat dengan maksiat!

Selesai sahaja program kursus kahwin tadi.. seorang peserta ingin menemui penceramah yang berada dekat denganku untuk bertanyakan soalan peribadi. Aku mula tertarik untuk mendengarnya...
soalannya : ustaz, bagaimana kalau seorang suami itu terpaksa berjauhan dengan isterinya lalu terpaksa beronani untuk melepaskan rindunya pada isteri???
Dengan senyuman ustaz itu menjawab: adakah dengan berjauhan dengan isteri itu boleh menimbulkan mudarat atau mengancam nyawa??? mestilah tidak.. kerana yang terancam hanyalah syahwatnya dan keinginan nafsunya kepada isterinya...lalu apa perlunya beronani dengan alasan darurat pada syahwat? yang haram tetap haram.. 
begitulah gambaran ringkas mengenai jawapan ustaz yag berjela... 
aku terpaut pada perkataan "YANG HARAM TETAP HARAM".. itu adalah perkataan yang sangat ringkas tetapi sudah merangkumi seluruh aspek ketaqwaan ibadah kita.. kemudian aku terbaca sebuah kisah menarik tentang orang yang cuba menghalalkan yahg haram...
kisahnya begini.........

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.



beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. 

sanggupkah anda untuk menghalalkan babi ni???

Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

ikut lah syariat..berkahwin lah bg yang mampu, insyaAllah..redha Allah bersama kita semua
Nabi berpesan, "berkahwinlah jika mampu, jika tidak mampu maka berpuasalah"
wahai sahabat-sahabiahku... ingatlah janji Allah bagi orang yang bertaqwa...

Warkah Tentera Allah
6.40pm
 

3 Berkata Benar:

erm.. terima kasih atas perkongsian ni :) sgt berminat

 

assalamualaikum akhi,

"berkahwinlah jika mampu, jika tidak mampu maka berpuasalah" - ayat ni maksudnya kalau kita x mampu kahwin, kita harus berpuasa? kenapa puasa tu jalan penyelesaian bagi masalah x mampu nak kahwin?

Jadi dlm cerita ini, Syafiq dan safura x betul walaupun mereka bercouple scr Islamic? sbb term "couple" mmg haram dan not recognised in Islam, is it?

Aseef kalau soalan macam budak2 tp mmg ikhlas nak fahamkan betul2.

shukran in advance tuk menjawab soalan ana. siapa2 pun boleh tlg jawabkan, tidak perlu penulis as long as ana gets the message of the story!

salam

 

wasalam... syukran ats curiosity. ana cuba jwb dgn sgl kekurangan yg ada. ana ni msh jahil & cetek ilmu. ini hny pendapat peribadi, jika salah mtk sama2 perbetulkan. ayat yg enti x fhm itu adlh potongan hadith.
Dari ibnu masud berkata Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda “Wahai sekalian para pemuda barang siapa diantara kalian telah mampu baah (menikah dgn berbagai macam persiapannya) hendaklah ia menikah krn menikah lbh menundukan pandangan dan lbh menjaga kehormatan. Barang siapa yg belum mampu menikah hendaklah puasa krn puasa merupakan wijaa (pemutus syahwat) baginya.” HR. Bukhori (4/106) dan Muslim (no. 1400)

apa yg nabi anjurkan ni ada logiknya. bultinya jika kita berpuasa, tubuh bdn kita pasti jd lebih LEMAH dan kurg bertenaga berbanding jika tidak berpuasa. jadi kita lebih mudah mengawal keinginan nafsu krn puasa itu saja bererti menahan diri dari mkn mnum serta prkara yg membatalkannya.
ana memetik kata2 imam Ghazali, "nafsu itu umpama kuda liar".. kuda liar itu sgt aktif dan lincah... tapi pasti ada cara untuk menundukkanyya. begitu juga dgn nafsu. pasti puasa dpt menundukkannya... kita lihat sndiri remaja yg berzina..mengapa mereka berzina? sdgkan si lelaki dh berjanji utk menikahi si gadis.. tapi akibat tidak tahan godaan utk menyentuh si gadis itu kerana syaitan itu amat licik..maka terjadilah zina.. andai si lelaki itu berpuasa...pasti keinginannya itu mampu dikawal krn puasa itu bererti kita sdg meningkatkan iman dgn menahan diri dari kehendak nfsu.. puasa itu sndiri akn mendekatkan kita dgn Allah krn hati org berpuasa lebih lembut utk mengingati mati dan azab neraka..." perut yg kenyang hny menggelapkan hati" (hadith)
nah! tidakkah puasa itu dapat menundukkan nafsu??? tapi mestilah berpuasa dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh...

Allah juga berfirman dlm surah albaqarah. “Dan kalau kalian puasa itu lbh baik bagi kalian kalau kalian mengetahuinya“ (2:184)

soalan kedua tntg couple.. cuba bgtau ana ulama' muktabar mana yg menggalakkan couple...
klu enti ada mendengar psti ada slh fhm.. kenapa ijamk ulama' mengharamkan couple.. krn couple lah penyumbang terbesar dalam karier ZINA... andai gunakan cara islam skalipun.. pasti syaitan lebih licik utk menggunakan sekecil-kecil kesempatan utk menggoda dan mneghasut manusia yg mudah lalai ni.. nk couple bleh tp kne lah NIKAH dulu.. brulah stiap dosa akn bertukar mnjadi pahala dan ibadah...

maaf andai ana x dpt memahamkan enti.. ana mmg perlu byk perbaiki bahasa.. ana sndiri sdg belajar dan trus belajar... mgkn enti juga leh kongsikan ilmu bersama...

 

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger