Malaikat bersama TENTERA ALLAH DI MESIR!


Apabila orang-orang beriman memperjuangkan Islam sampai ke tahap bulat tekad dan keyakinan, maksima usaha dan teguh tanpa mereda, Allah swt sering mengutuskan malaikatNya untuk membantu menguatkan lagi jiwa dan kekuatan mereka, terutama ketika berhadapan dengan orang-orang kafir atau golongan yanag memusuhi agamaNya. Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang berkata,’Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka istiqamah, turun Malaikat kepada mereka (seraya berkata),’Jangan sekali-kali kamu takut dan jangan bersedih hati. Gembiralah dengan berita Syurga yang dijanjikan kepada kamu’. Kami adalah wali-wali (teman dan pelindung) kamu didalam kehidupan di dunia dan Akhirat. Kamu mendapat apa yang diinginkan oleh jiwa-jiwa kamu … “ (Surah Fussilat : 30-31).
Cahaya berbentuk seekor kuda dan penunggangnya, yang dipercayai adalah Malaikat yang turun untuk meneguhkan lagi orang-orang beriman dalam perjuangan mereka. Setelah bergerak ditengah-tengah Rakyat yang membuat penentangan keatas regim boneka Zionis, cahaya tersebut beredar dengan naik ke langit. Jika ada pihak yang cuba merasional objek tersebut sebagai cahaya lampu kebetulan, atau foto superimpose dan sebagainya, ia tidak menafikan hakikat bahawa sejarah dan Al-Quran telah menyebut bahawa ia adalah suatu perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Itu sudah memadai sebagai pengajaran dan peneguh jiwa untuk kita.
 
intifadhah Mesir 25 Januari 2011.
Dalam Perang Badar, bukan sahaja kewujudan para Malaikat telah sabit (pasti) melalui seerah Rasulullah saw, bahkan Allah swt sendiri telah menyebutnya di dalam Al-Quran. FirmanNya bermaksud, “Ketika Tuhan kamu mewahyukan kepada malaikat (pergilah kamu untuk bersama orang-orang beriman berjihad, dan katakan kepada mereka), ‘Sesungguhnya aku bersama kamu’, dan kamu (malaikat) teguhkanlah (jiwa dan semangat) orang-orang beriman. Aku (Tuhan) akan mencampakkan ketakutan kedalam hati-hati orang -orang kafir. Kamu (malaikat) pukullah diatas leher-leher mereka. Pukullah seluruh ubuh-ubun dari kalangan mereka. Ini adalah disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan balasNya” (Surah Al-Anfaal).
Semasa tentera Rusia masuk menceroboh Afghanistan (1978 – 1992) dan meletusnya Jihad Islami zaman moden Abad ke20, banyak kisah-kisah penglibatan para Malaikat diceritakan yang sampai kepada saya. Diantaranya ketika sekumpulan para Mujahideen hampir ditawan oleh tentera Rusia lalu mereka bertakbir beramai-ramai. Tiba-tiba semua tentera Rusia mengangkat tangan tanda menyerah diri, lalu para Mujahideen segera merampas senjata-senjata mereka yang dicampakkan ke atas tanah. Apabila ditanya, tentera Rusia mengatakan mereka lihat ramai tentera berpakaian putih datang untuk menyerang mereka. Yang menarik dan membangkitkan semangat luar biasa kepada saya ialah kisah-kisah pertolongan Malaikat ini diselang seli dengan kisah-kisah Karamah yang terlalu banyak untuk diceritakan disini, diantaranya sedang sekumpulan para Mujahideen melalaui satu tempat, mereka ditembak bertubi-tubi tanpa henti lantas mereka segera berbaring kerana terlalu banyaknya tembakan musuh kearah mereka. Selepas berbalas tembakan dan mengalahkan musuh, mereka membuka serban mereka dan mendapati puluhan atau ratusan peluru musuh bersarang terkumpul di dalam serban-serban mereka sedang kepala dan badan mereka sedikitpun tidak cedera.
 
Medan Tahrir, kini dipanggil Medan Syuhadak adalah tempat meletusnya Revolusi 25 Januari 2011. Seramai 300 orang syahid.
Jihad Islam di  Bosnia Herzegovina tidak kurang kaya dengan kisah-kisah pertolongan Malaikat. Antara yang saya dengar ialah diantara tentera musuh (Serbia) yang ditawan bertanya kepada tentera Mujahideen, “Siapakah tentera-tentera yang menolong kamu tu, saya lihat tinggi mereka 5 meter !”.Dalam satu kisah yang lain sekumpulan Mujahideen bertembung dengan musuh dan berlaku tembak menembak diantara mereka. Setelah beberapa ketika tidak ada kedengaran tembakan dari pihak musuh. Mereka senyap. Mujahideen menyangka musuh hendak membuat tipu helah lalu mereka terus menunggu dan berhati-hati. Setelah sekian lama menunggu akhinya mereka pergi mendapatkan musuh dan mendapati kesemua mereka telah mati tanpa ada sebarang kesan tembakan mengena anggota badan mereka.
 
Berusaha menjaga anggota dari terkena peluru, batu atau objek-objek yang merbahaya.
 
Berundur jauh sekali.
 
Kekuatan senjata melawan kekuatan jiwa dan keyakinan.
Kamu tidak menunggu dari kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid)” (Al-Quran).
 
“Ketahuilah bahawa kemenangan dari Allah itu dekat” (Al-Quran).
 
Samada hidup mulia atau mati syahid. Adapun hidup ditindas regim boneka Zionis adalah hidup dalam penyerahan diri dan kehinaan. Ia mesti berakhir atau diakhirkan oleh orang-orang yang mengejar kemuliaan.
Jika dilihat dari kisah-kisah diatas, lebih-lebih lagi dari ayat-ayat Al-Quran itu sendiri, Allah swt menghantar pertolonganNya kepada orang-orang beriman berupa apa sahaja termasuk para Malaikat adalah ketika dan setelah berlakunya jihad dan usaha yang bersungguh-sungguh dari diri para pejuang itu sendiri. Ia jarang datang sebelum ianya berlaku, apatah lagi jika sekiranya manusia itu leka, lalai dan meninggalkan tanggungjawab berjuang untuk agama Allah swt. Dalam ayat pertama di atas, ALlah menurunkan Malaikat hanya selepas orang-orang itu berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka istiqamah (tetap teguh) dalam perjuangan Islam. Memahami hakikat ini juga boleh mengelakkan seseorang dari hanya sekadar mengharap sesuatu kekuatan luar biasa sahaja untuk mendapat kemenangan dalam perjuangannya, tanpa dia sendiri berusaha bersungguh-sungguh kearah mencapainya. Dalam masa yang sama jika Allah swt mengutuskan para MalaikatNya dalam sesuatu perjuangan menunjukkan ia adalah perjuangan yang diberkati dan restui oleh Allah swt.
“Allahumma nasruka allazi wa’adtana” (Ya Allah, kami memohon kemenangan yang Engkau telah janjikan kepada kami). (Doa Nabi saw sebelum Perang Badar bermula).
Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Bantulah kami dengan pertolongan para MalaikatMu. “Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami. Menangkanlah kami dalam berhadapan orang-orang kafir” (Al-Quran).
Ustaz Halim   www.inijalanku.wp.com

0 Berkata Benar:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda...

Powered By Blogger